Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

my day....

Daisypath Happy Birthday tickers

Sabtu, Julai 30

berpuisi di malam hari...

cik chubby dah pemalas tahap gaban nak mengadap manuskrip..tak tahu kenapa....apa punya susahnya otak ni nak luahkan apa yang terbuku...jadi malam ni cik chubby nak layan puisi sikit...sapa2 yang tak suka...tutup mata ketat-ketat okeyh....jangan tengok..nanti menanah mata tu...



JANGAN BUNUH ILMU ITU

Menanti hari gembira tiba…
Umpama menunggu guguran salji di Negara Malaysia…
Berbekalkan semangat yang membara…
Berselempangkan niat di dada…
Aku berfantasikan yang bahagia…
 Hatiku mengharap realitinya tiba…
Membawa gambaran yang baik-baik sahaja…
Untukku ini percubaan yang pertama…
Setelah bermusim menyimpan di kepala…
Itu benih yang sedang ku baja…

Asalnya kayu akan berbuah jua…
Asalnya ranting akan berbunga akhirnya…
Lahirnya kosong akan berilmu juga…
Itu putaran alam semesta…
Hanya perlu kesabaran di jiwa…

Tidak lari ilmu di dunia…
Sebagai manusia kita harus mengejarnya…
Walau sebesar zarah ia tetap berharga…
Kecapinya hingga terdaya…
Kerana ia harta selamanya…

p/s : 100% nukilan cik chubby...kalau cik chubby copypaste sure lagi puitis dari ni...yang ni dah macam buat karangan dak sekolah rendah...




8 ulasan:

aimie amalina berkata...

niceeee!
suke ahhh!
>____________<

MiSs ChUbBy ChEeK berkata...

aimie : tq dear..!!!

Lulu Caldina berkata...

Selamat menyambut bulan ramadan..
Selamat berpuasa.. :)

MiSs ChUbBy ChEeK berkata...

lulu : salam ramadhan n selamat berpuasa jugak cik lulu..!!

H.J berkata...

boleh chalenge samad said ni.aha

Acik berkata...

waaaa kreatip tu ...
acikpun tengah tunggu salji turun kat mesia ni. :)

MiSs ChUbBy ChEeK berkata...

H.J : amboi...perli ek....umpama langit dengan bumi la...

MiSs ChUbBy ChEeK berkata...

acik : mungkin tidak...tapi mana tahu suatu hari kan....keajaiban Yang Maha Esa...hanya DIA yang tahu...