Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

my day....

Daisypath Happy Birthday tickers

Jumaat, Jun 22

safi?garnier?mary kay?


x de apa2 sebab cik chubby tempek pic ni.

haaa....setelah hampir seminggu post 'emosi' cik chubby publish, hari ni cik chubby kembali dengan post yang lebih rileks2...bukan apa..hidup ni tak semuanya happy selalu kan...tapi sekrang, alhamdulillah..keadaan beransur tenang...okeyh! kali ni cik chubby nak share story tentang produk penjagaan wajah..ermm..sbanarnya benda ni lebih kepada keinginan cik chubby untuk tahu produk mana yang ssuai untuk masalah yang cik chubby hadapi sekarang ni *memanjang masalah cik chubby ni...lempang kang*..iaitu kulit berminyak...memang sejak msuk skolah mngah lagi..cik chubby ada msalah ni..tapi masa tu zaman comot2 lagi..x ambil kisah sangat pnampilan...yang tahu... pegi n balik skolah..yg tu jer..tapi bla dah meningkat ke umur 15 dan ke atas...mula demand tntang wajah...okeyh..meh cik chubby gtau produk pncuci muka prtama yg cik chubby mula guna...masa tu cik chubby darjah 6...cik chubby curik2 guna pencuci muka kakak cik chubby(sampai skrang dia tak tahu nie..)..pencuci muka safi..yg kaler hijau..tapi zaman dlu rupa dia lain....tak silap cik chubby tahun 2001...sekarang dah lain..lpas tu cik chubby try fair&lovely =>safi balqis(lama jugak cik chubby guna produk ni) => shahirah (dalam 2 tahun then stop) => natasya => garnier => safi balqis => garnier =>safi balqis => safi sari timun n lidah buaya + mask mary kay(baru 2 minggu cik chubby guna)..meh cik chubby review satu2...

1. Pencuci muka Safi.

cik chubby tak dapat google pic sebenar dia masa tahun 2001...tak jumpa langsung..ta[i lebih kurang jer dengan pek sekarang...cuma yang beza tiub dia semua warna hijau...sekarang ni putih kan..ada hijau sikit2...haa..yang dulu dia soft green...ok..not bad ...muka pon kurang berminyak and rasa bersih selalu. tapi cik chubby stop..biasa la...sedang meningkat dewasa..di tambah pulak dengan lambakan produk terbaru yang menguji nafsu utuk membeli....heheheh...

2. Pencuci Muka Fair&Lovely


yg ni pic versi sekarang...pic versi dolu2..cik chubby pon dah lupa camne rupa dia...pencuci muka ni untuk kulit cik chubby agak kering..so..tak lama pun...ahahha...membazir betull cik chubby ni....

3.Pencuci Muka Safi Balqis.


yang ni sanggggaaatttt sesuai ngan skin cik chubby...minyak pon hilang...kulit pon x bape kering....murah pon murah..(time ni murah lagi..)lama jugak cik chubby guna produk ni...cik chuby guna satu set...puas hati..siap berebut n main sorok2 krim kecantikan lagi ngan kakak cik chubby...dia suka cilok krim kecantikan yang pot kecil tu bawak balik kolej dia(masa tu dia stdy uitm)...tapi...stop jugak wlpun sesuai...jiwa remaja..pantang bende baru kluar...try saja...

4. Pencuci Muka Syahirah
ni antara produk pencuci muka yang cik chubby suka dengan bau dia..sangat wangi...yang ni pon ok...cik chubby guna satu set jugak..mula2 beli set percubaan yg harga dia sepuluh hengget tu..then ok la..!! pegi skolah kwan2 tnya pkai apa sbb muka licin *masa tu tak pasti licin sebab muka bmnyak atau licin effect produk ni*..kulit pon cerah skit..mklumlah...bjemur masa tnggu bas skolah...tapi satu jer yang cik chubby tak tahan..toner dia..makin lama guna,cik chubby perasa kulit muka cik chubby area tepi hidung merah2....bila salah sorang mmber cik chubby tegur, terus stop...tukar lagiii...


5.Sabun Natasya.

oh! part ni sangat tragis dalam hidup cik chubby! ni semua gara-gara terpengaruh dengan kulit muka member baik cik chubby sebab hampir sebulan setengah x jumpa..tup2 jumpa, muka dia cerah n glowing semacam...kawan2 smua tanya dia pakai apa..dia gtau la gini2..trus cik chubby try...masa tempoh tak berjumpa  tu masa cuti skolah nak masuk tahun baru...cik chubby nak masuk upper 6 time tu....cik chubby ppon guna la...cik chubby x guna lain dah..just sabun ni je..krim apa bagai cik chubby x guna...dalam masa seminggu..masyaAllah..kulit muka cik chubby pedih giler..rasa macam terbakar bila duduk bawah matahari n dalam suasana panas...tambah2 cik chubby skolah sukan plak...slalu berjemur la...last stop la...masa ni cik chubby habis fed up la dengan smua produk...masa tu pula ada produk baru lancar...apa lagi..cik chubby terus beli...

6. Pencuci Muka Garnier
haaa...lepas dah sakit hati dengan sabun natasya tu,cik chubby guna garnier...pencuci muka jer...krim dia langsung cik chubby tak guna....pegi skolah just tempek bedak baby jer...masa ni lantak la muka nak hitam ke...apa ker..apa yang cik chubby nak, kulit cik chubby dapat kembali macam dulu...cik chubby guna sampai hujung tahun 2008...ok..tapi tak berapa brkesan mcam safi balqis..mungkin kena guna satu set*weyh..belubang poket cik chubby klu nak guna satu set..mahal kot bagi student/budak skolah macam cik chubby masa tu*...beberapa bulan lepas masuk tahun baru(2009)cik chubby tukar produk lagi..kembali guna safi balqis..maintain sampai hujung tahun...start februari 2010..cik chubby tukar ke garnier balik..sebab apa????baca bawah....


7. Safi Balqis Perfect 10
awal 2010. safi balqis dah bertukar wajah...dah brtukar wajah tu satu hal...mahal kemain...ada setengah kedai still ada stok lama safi balqis..ada setengah kedai dah takde stok lama n yang ada semuanya stok yang perfect 10 nie...so..cik chubby try la guna yang stok baru ni...just guna pencuci muka yang kaler biru khas untuk kulit berminyak..kena sangat la dngan problem cik chubby masa tu...tmbah2 plak safi balqis ni dah mmnag sesuai dengan skin cik chubby....try tak smpai 2 minggu..kulit muka jadi mcam berkerak + kasar + kering....ngeri cik chubby....produk trbaru ni dorang ada campur bahan baru... awan nano biowhite bagai...mungkin tak sesuai dengan skin cik chubby...so..cik chubby berusaha cari produk safi balqis yang lama kat kedai2 yang stil jual...cik chubby mmng guna satu set...kcuali toner..sbab kulit jadi nipis....sampai la pertengah tahun 2011...produk safi balqis yang lama dah takde...frust tertonggeng cik chubby masa tu..tak tahu nak guna produk apa..so..nak tak nak..cik chubby guna jugak la yang baru ni...tapi..tak lama...sebab harga dia TERlalu mahal....krim yang berat 50g..dah cecah 11.00 ringgit...bayangkan besar mana jer...tu untuk krim siang..malamnya tak cmpur lagi...jadi start dari situ cik chubby mula usha2 produk lain..kdang2 tu klu kakak cik chubby balik bercuti kampung, cik chubby rembat pencuci muka dia..safi gamat....dan baru 3 minggu lepas, anak sedara cik chubby yg kerja sbgai BC kat mary kay datang rumah..dia cakap dia nak wat facial kat muka cik chubby PERCUMA...haaa..tunggu lagi...cik chubby tadah muka depan dia la....


8. Mak Mary Kay Oil Skin
cik chubby guna yang no 2 dari kiri tu...harga dia..mak aaii...boleh pengsan..kalau satu set dalam 2++.00..dia ada bape ntah..dalam 4-5 barang kot..ntah..cik chubby pon lupa..tapi yang pic atas ni untuk kulit normal kalau tak silap cik chubby...masa buat facial tu, cik chubby guna semua skali...tapi paling cik chubby suka mask dia...perghh....!!! memang best..kulit licin sngat lpas cuci...rasa nak belai sepanjang hari....mask ni dia 2 in 1...dia skrub jugak..lpas kering kat muka, kita pedap2 dengan air then gosok...seminggu 2x je guna...than 6 bulan..harga 75 hengget..ok la kan..rtapi cik chubby guna seminggu skali jer...malas nk tnggu lma2..hakhakhak..tapi serius..brkesan..produk ni slamat..sebab dia 100% berasaskan bahan semula jadi....stakat ni muka cik chubby minyak dah kurang...muka pun dah x kusam sngt..sbab skrub dia tu dah cuci kulit mati...kulit licin jer....

9. Pencuci Muka Mentimun dan Lidah Buaya.\
               

memandangkan Safi Balqis Perfect 10 tu tak sesuai untuk skin cik chubby...so, cik chubby stop...then cik chubby beli safi yang berasaskan benda sejuk macam ni...serius..sangat sejuk..kulit lembab...cepat meresap dalam kulit....tapi sapa yang nak putih/cerahkan kulit..cik chubby x syorkan guna ni..sbb dia lambat brtindak ke arah tu...tapi yang penting..dia selamat...bahan kimia pun takde,,,kalau ada pun, tak membahayakan....

Jadi sekarang ni...cik chubby dah gatal tangan nak beli produk garnier(krim) pulak..tapi still tak berani....bukan apa..cik chubby kan dok kluar n terdedah dngn chaya mrtahari..lama2 berjelaga jugak la kalau takde uv protect kan..so, nak tanya...



cream garnier light gentle ni ok tak????abang cik chubby guna yg ni...tiba2 muka dia cerah skrang..*jelous pun ada*...blogger2 semua, sape guna produk ni??? boleh tahu tak effect dia mcm mana.... :)

p/s : produk kat atas ni ni semua ok..tapi terpulang pada penerimaan kulit kita masing2..ada kulit yang sensetif..ada kulit yang normal...jadi..berkesannya produk tu, bergantung pada kulit pemakai tu balik...cik chubby tak kutuk pon produk2 kat atas tu...lagi suka ada..sebab boleh buat eksperimen kan..pastu boleh tukar2 pndapat dngan orang lain... :) .lenguh tangan menaip...x stop...buat manuskrip pun tak macam nie.... *pengsan sat...satgi bangun balik*




Rabu, Jun 20

Lembayung Syurga Bab 2

Bab 2


           Tangisan yang berlaku di antara Puan Zalikha dan Nenek Leha menghairankan Darwisyah.  'Mengapa mama menangis?  Bukankah aku yang akan di tinggalkan?'  Desis hati Darwisyah.  Pada pandangan mata Darwisyah,  daripada gaya Puan Zalikha ketika berjumpa dengan ibu mertuanya,  seperti ada sesuatu  yang tersirat.  Puan Zalikha menangis semahu-mahunya apabila Nenek Leha memeluknya.

           "Ika tinggalkan Isya pada mak buat sementara waktu.  Ika harap tidak menyusah mak,"  ujar Puan Zalikha. 

Ruang dapur yang ketika itu sunyi sepi mula di hiasi dengan suara manusia.  Darwisyah duduk bersila di atas kerusi sambil menjamah sedikit makanan yang terhidang.  Seperti tidak mampu menelannya dek kesedihan yang masih bersarang.  Perbualan dua wanita yang lebih berusia itu hanya di dengar. 

           "Tidak mengapa.  Kamu selesaikan masalah itu dahulu.  Biarkan Isya di sini.  Mak akan jaga dia.  Insyaallah,  semuanya akan selamat,"  kata Nenek Leha kembali.

          "Inilah yang Ika bimbangkan.  Sejak peristiwa itu,  Ika selalu di hantui dengan bayangan seperti ini.  Ika tidak sangka ia terjadi juga,"  keluh Puan Zalikha.  Dia menunduk ke bawah.  Lengan kanannya yang di letak di atas meja makan di pandang.

          Puan Zalikha tidak kesal dengan apa yang sedang berlaku ini.  Dia juga tidak menyalahkan mana-mana pihak ketika ini.  Apa yang paling di kesali sekarang adalah dia dan suaminya gagal memilih yang terbaik untuk anak mereka.

          "Sudah.  Kamu tak perlu bersedih begini.  Pulang ke sana dan selesaikan baik-baik.  Tapi kamu dan Lokman perlu ingat,  pertahankan hak Darwisyah."

          Hak?  Darwisyah yang leka melayan sendunya sedikit terpaku,  namun reaksinya tidak terlalu ketara.  Wajah tua Nenek Leha dijeling dari ekor mata,  sementara otaknya ligat berfikir tentang perkara yang di bincang tadi. 

'Nampaknya mak tok juga mengetahui punca sebenar aku dihantar ke sini,'  desisnya.  Darwisyah mulai berfikir tentang perkara itu kerana melalui perbualan di antara Nenek Leha dan Puan Zalikha,  dia menyedari bahawa ia berkaitan dengan dirinya.

         Menjelang petang,  Encik Lokman dan Zalikha mula beredar meninggalkan kampung.  Air mata Darwisyah tetap mengalir ketika melihat kereta kedua ibu bapanya beransur hilang di sebalik rimbunan pepohon.  Dia kelihatan lebih tenang berbanding ketika dalam perjalanan tadi.

        Kesedihan terhadap tindakan Encik Lokman dan Puan Zalikha yang menghantarnya ke kampung tanpa kerelaannya mula berkurangan.  Darwisyah lebih tertarik dengan apa yang didengarinya sepanjang hari itu.  Semuanya berkaitan dengannya.  Malam itu Darwisyah menghabiskan masanya berbual dengan Nenek Leha sambil memikirkan bagaimana cara untuk mengetahui apa rahsia di sebalik semua ini.


Sabtu, Jun 16

Lembayung Syurga bab 1

BAB 1


           Hari minggu kini tiba. Pasti seronok dapat bergolek-golek atas tilam empuk, bangun kemudian keluar bergembira dengan kawan-kawan. Tetapi itu semua hanya bayangan Darwisyah.  Dia sekarang berada didalam kereta yang bergerak perlahan menuju ke kampung halaman ayahnya, Encik Lokman.

           "Ayah,  Isya tak mahu tinggal di sana la..."  wajah tenang bapanya yang sedang memandu di pandang melalui cermin pandang belakang.  Encik Lokman membalas pandangan anaknya kembali.  Puan Zalikha di sebelah hanya membisu.  Dia bingung.  Tidak tahu bagaimana lagi untuk membuatkan Darwisyah berhenti berkata begitu.

          Ketika mendapat tahu bahawa dia akan dihantar bersekolah di kampung, mahu sahaja dia menjerit kuat dan menyatakan bahawa dia tidak setuju. 

         "Isya perlu tinggal di sana buat sementara waktu.  Isya tidak boleh berada di sini buat masa sekarang,"  kata Encik Lokman kembali.

         "Tapi kenapa ayah?  Isya nak tahu kenapa Isya perlu tinggal di sana setelah bertahun-tahun Isya dengan ayah dan mama?"

         Suara halus Darwisyah bergema di dalam kenderan sederhana besar itu.  Hatinya belum puas selagi bapanya tidak menjawab pertanyaannya.  Setiap kali dia bertanya soalan yang sama,  Encik Lokman tidak pernah memberikan jawapan.  Hanya diam.  Itulah yang selalu terjadi.

         "Isya tidak perlu tahu kenapa." 

         Kali ini Puan Zalikha menjawab bagi pihak suaminya.  Sebak dadanya apabila mendengar suara Darwisyah yang tidak putus-putus bertanya tentang perkara ini.  Bukannya dia tidak mengerti perasaan Darwisyah ketika ini,  tetapi kerana kisah silam  Puan Zalikha terpaksa.  Hak milik Darwisyah perlu dijaga.

         Darwisyah kecewa apabila mendengar kata-kata dari bibir Puan Zalikha.  Darwisyah sememang rapat dengan Puan Zalikha berbanding Encik Lokman.  Puan Zalikha juga tidak pernah berahsia dengan Darwisyah dalam segala hal.  Kepada Puan Zalikhalah tempat dia bercerita suka dan duka hidupnya. 

         "Mama dan ayah tidak sayangkan Isyakah?"  Suara Darwisyah kedengaran sayu.  Kolam matanya mulai penuh.  Kabur pandangan matanya.  Sudut kecil hatinya begitu tersentuh dengan keadaan ini.

         Encik Lokman menarik nafas panjang sebelum menghembusnya kembali lalu berkata,  "Darwisyah,  kamu anak ayah dan mama.  Satu-satunya amanah Allah untuk ayah dan mama.  Tidak mungkin kami berdua tidak menyayangi Isya."

        "Ayah tipu!  Kalau begitu,  mengapa ayah dan mama buat begini terhadap Isya?"

        Selar Darwisyah sebaik sahaja Encik Lokman menghabiskan ayatnya.  Pipi mulusnya sudah basah dek air mata.  Turun laju tanpa henti.  Teresak-esak.  Tekanan di dada seperti menghimpit kotak suaranya.  Payah sekali untuk di keluarkan.

        "Ini semua untuk kepentingan Isya,"  kata Puan Zalikha.  Dia memandang terus di hadapan.  Tidak berdaya rasanya untuk menatap wajah pilu anak gadisnya.  Dia menahan sebak di dada yang hampir pecah.  Puan Zalikha tahu Darwisyah sudah menangis ketika ini.  Dia tidak mahu terheret sama di dalam emosi tersebut kerana ini akan menyebabkan perasaan tidak ingin berpisah dengan Darwisyah akan semakin menebal.

        "Apa kepentingan Isya tu mama,  ayah?  Cuba beritahu Isya,  perkara apa yang begitu penting sehinggakan mama dan ayah sanggup hantar Isya ke kampung?"  Darwisyah menyoal kembali.  Esakkannya semakin kuat.  Kulit putihnya sudah kemerah-merahan menahan sakit di jiwa.

        "Bagi Isya,  dalam hidup ini tiada yang lebih penting melainkan mama dan ayah.  Hanya itu kepentingan Isya ayah,  mama!"  luahnya lagi bersama tangisan yang penuh hiba.

         Usai sahaja Darwisyah berkata begitu,  dia menyembamkan wajahnya ke bantal kecil bersaiz empat segi yang berada di sebelahnya.  Esak tangisnya tenggelam di bantal biru itu.  Darwisyah tidak dapat menerima nasib dirinya ketika itu.  Prasangka bahawa Encik Lokman dan Puan Zalikha tidak mengasihinya lagi bermain di kotak fikirannya.

         Encik Lokman berpaling ke belakang melihat reaksi anaknya sebelum kembali memberi tumpuan terhadap pemanduan.  Riak simpati terpancar di wajahnya.  Bebola matanya menceritakan kekeliruan yang sedang di alami.  Demi hak Darwisyah,  dia perlu melakukannya.  Kekecewaan Darwisyah ketika ini tidak boleh di ambil kira.

         Encik Lokman langsung tidak menyangka perkara ini akan berlaku.  Bertahun-tahun ia terjadi,  tiada siapa yang mempedulikannya.  Bukan dia yang minta semua itu.  Perkara itu di luar kawalannya.  Sambil memandang ke hadapan,  Encik Lokman mengurut lembut dahinya.  

          "Tidak lama.  Setelah semuanya selesai,  Isya boleh pulang ke rumah kita semula,"  pujuk ibunya pula,  Puan Zalikha.  Dia menoleh ke belakang memandang Darwisyah yang sudah berbaring di tempat duduknya.  Puan Zalikha tahu Darwisyah tidak lelap.  Dengar apa yang diungkapnya.

           "Berapa lama?  Sebulan? dua bulan?"  Darwisyah membalas bicara Puan Zalikha.

           Diam.  Tiada balasan.  Darwisyah yang menanti terus terasa hati.  Puan Zalikha memandang suaminya melalui ekor mata.  Mengharap Encik Lokman menjawab bagi pihaknya.  Namun,  dia juga membisu.  Mulutnya bagaikan terkunci.  

           Perjalanan diteruskan.  Suasana kembali sunyi.  Hanya kedengaran celoteh penyampai radio yang terpasang.  Darwisyah kini tenggelam dalam emosinya.  Puan Zalikha melemparkan pandangan nun jauh ke luar.  Mata bundarnya berair.  


*****


           Kereta milik Encik Lokman menyusuri lorong kecil itu.  Kampung Alur Mutiara.  Itu nama yang terpapar di pintu masuk menghala ke kampung itu.  Unik namanya!  Nama Alur Mutiara di ambil daripada sebuah sungai yang terdapat di kampung itu.  Alur sungai tersebut akan bercahaya setiap kali panahan terik matahari mengenai permukaannya dan cetusan cahaya bergemerlapan akan terpancar.  Serakan bias-bias cahaya itu persis mutiara apabila di lihat.  Dari peristiwa itulah,  nama Kampung Alur Mutiara ini wujud.  Sehingga sekarang,  keadaan tersebut dapat di saksikan.

              Teratak kayu 2 tingkat di hampiri.  Encik Lokman memberhentikan kereta.  Setelah enjin kereta dimatikan,  Encik Lokman dan isterinya keluar dari kenderaan tersebut.  

              "Assalamualaikum!"

              Laung Encik Lokman.  Puan Zalikha asyik sekali memerhati halaman rumah keluarga ibu mertuanya itu.  Bersih dan kemas.  Hamparan rumput hijau menerbitkan aroma segar.  Susunan batu-bata yang diatur sepanjang lorong masuk menghala ke rumah mengindahkan lagi persekitarannya.  Puan Zalikha yang tenggelam sebentar dengan panorama kampung itu kembali tersedar.  Laungan salam kali kedua oleh suaminya menghalau jauh lamunan tersebut.

             "Mak tiada di rumahkah?"  soal Puan Zalikha.

             "Abang tidak pasti.  Mungkin berada di dapur atau pun ke kebun."

             Balas Encik Lokman.  Dia memanjangkan lehernya.  Dia membawa kakinya ke arah pintu dapur yang sedikit tersorok daripada pandangan.  Puan Zalikha turut mencari kelibat ibu mertuanya setelah salam yang di beri tidak bersambut.  Beg tangannya di sangkut ke bahu.

            Darwisyah keluar dari kereta.  Wajahnya penuh sayu.  Tubir matanya masih lagi berair mata.  Entah mengapa,  dia begitu berat untuk tinggal di sini.  Bukan kerana tidak suka akan neneknya yang di panggil mak tok itu,  bukan kerana ia sebuah rumah kampung yang tidak gah seperti rumahnya di bandar, dan tidak juga kerana ia tidak boleh bebas jika tinggal di sini.

           Tetapi dia bimbang akan penerimaan bapa saudaranya.  Usu Roslan.  Adik bongsu ayahnya.  Ketika umur Darwisyah sekitar 5 tahun,  dia pernah di marahi oleh Usu Roslan.  Silapnya hanya kecil,  iaitu tidak sengaja memecahkan pasu bunga yang di perbuat daripada kaca.

           Masih terbayang lagi peristiwa itu...

           "Hidup menyusahkan aku!  Tak pernah nak senangkan hati!  Pergi dari sini.  Jangan dekat lagi dengan kawasan ni.  Faham!"

           Itu kata-kata yang masih terpahat di ingatan Darwisyah.  Waktu itu umur Usunya dalam lingkungan 19 tahun.  Sudah hampir dewasa.  Ya!  Memang ketika itu Darwisyah masih lagi kecil untuk memikirkan apa maksud disebalik kata-kata yang dilemparkan oleh Usu Roslan itu.  Tetapi,  fikirannya tidak semuda umurnya.   Itu antara ayat-ayat pedih yang masih diingati sehingga kini.


           "Man!  Ika!"



Jumaat, Jun 15

Bila terlalu mengejar impian orang lain...



hidup ni tak seindah apa yang kita rancang sebenarnya..kerana sebaik-baik perancang adalah dari Allah s.w.t. liku-liku hidup yang aku tempuh mula terserlah perit payahnya. aku kini dalam dilema...aku sendiri tak faham apa yang aku sedang kejar sekarang...sedangkan impian sebenar aku masih belum aku genggam sepenuhnya...apa yang pasti, sekarang aku sudah 'terikat' dengan satu tanggungjawab yang aku sendiri tak sangka akan membuatkan aku berada dalam keadaan bermasalah dan semakin murung...aku dapat lihat, 'ikatan' ini seperti sukar dirungkai...apatah lagi ia membabitkan orang lain...sebenarnya aku benci bila berada dalam keadaan seperti sekarang...gara-gara situasi ini, tugasan aku yang bermula hampir 5 bulan dahulu terganggu...gara2 situasi ini, aku menjadi sedikit pendiam dengan ahli keluarga aku...gara-gara situasi ini, aku kuat memendam rasa sakit dalam jiwa...gara-gara situasi ini...aku menjadi semakin lemah dan rasa semakin rendah diri...janji yang dicipta pada awal dulu semakin lama semakin bercambah menjadi janji baru...paling memeritkan apabila janji tersebut seperti memakan diri orang yang diberi janji tersebut....tolonglah jangan berjanji jika menyeksa diri orang lain...letakkan diri di tempat orang yang terasa itu..apa perasan dia? sakit kan...? pedih kan...? terluka kan...? aku juga seperti manusia dan insan-insan lain...punyai impian sendiri yang sudah lama tersimpan...tapi kini aku mulai sedar..yang aku sebenarnya bukan mengejar impian aku...aku sebenarnya sedang menolong mengejar impian insan lain..sedangkan impian aku semakin tertangguh....di mana hak aku dalam perkara ini? bolehkah aku membuat satu keputusan untuk masa depan aku sendiri dalam keadaan aku 'terikat' macam ni? dah lama aku fikirkan perkara ini....aku benci bila melakukan sesuatu perkara dalam kedaan terpaksa dan DIPAKSA....itu satu pantang dalam hidup aku...aku rela hidup seperti sebelum ini...hidup dalam tohmahan orang yang tak tahu berfikir jauh daripada hidup dalam bermasaalah dan memikul beban yang diri sendiri tak mampu....sekurang2nya aku punyai keluarag(mak,abah,abang2 dan kakak) yang memahami...sekarang, aku menjadi semakin pendiam...aku dapat kesan garis2 resah pada wajah kaum keluarga bila sedar aku berada dalam keadaan bermasaalah,walaupun aku LANGSUNG tidak membicarakan apa yang sedang aku rasa semenjak aku 'terikat' ini....dari situ menandakan mereka tidak 'restu' dengan tanggungjawab yang sedang aku pikul sekarang ni...tapi, mereka hanya diam..langsung tidak berkutik...hanya berbicara dari dalam mata...aku juga tidak selesa dengan respon ini...mereka keluarga aku...apa yang perlu dilakukan dalam hidup ini, perlu di dahulukan dengan restu keluarga terutama mak dan abah dahalu...tapi...bila aku memikirkan perasaan seorang lagi insan, aku tidak sampai hati untuk menyampaikan rasa tidak setuju keluiargaku tentang perkara ini....aku bimbang dia akan bermasalah...aku bimbang jika situasi ini akan memutuskan hubungan sillaturrahim, bermasam muka, saling bermusuhan.....tapi, aku juga tak sanggup nak seksa hidup aku dalam keadaan yang aku sendiri benci....aku juga punyai pilihan dalam menikmati hidup...aku juga punyai impian untuk dicapai..aku juga punyai hati untuk dijaga....aku lebih menjaga hati orang lain drpda hati sendiri...jadi, siapa yang menjaga hati aku sekarang ni??? syukur alhamdulillah, aku masih ada Allah dalam hati aku..DIA memelihara hati aku....aku sebenarnya sedang membawa diri ke fasa baru dalam kehidupan seorang muslim...namun, Allah itu maha berkuasa...dia menguji tahap kekuatan iman aku dengan menurunkan pelbagai masalah...aku sedar akan keadaan itu....tapi macam mana kalau masaalah 'ikatan' ini telah menjarakkan hubungan aku dengan Allah???aku kena bertahan juga ke? jika sebelum aku 'terikat' macam ni, alhamdulillah...hubungan aku dengan Allah semakin baik..sebab aku tidak terlalu memikirkan hal dunia...tapi sekarang...hal dunia ini yang membuatkan aku bergerak jauh dari Pencipta....


Ya Allah..berikan aku jalan keluar dalam perkara ini....jadikan jalan keluar ini jalan yang baik dan tidak memutuskan hubungan antara manusia...dan jadikanlah jalan keluar ini sebagai permulaan pintu rezeki kami berdua..AMIN!