Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

my day....

Daisypath Happy Birthday tickers

Rabu, Jun 20

Lembayung Syurga Bab 2

Bab 2


           Tangisan yang berlaku di antara Puan Zalikha dan Nenek Leha menghairankan Darwisyah.  'Mengapa mama menangis?  Bukankah aku yang akan di tinggalkan?'  Desis hati Darwisyah.  Pada pandangan mata Darwisyah,  daripada gaya Puan Zalikha ketika berjumpa dengan ibu mertuanya,  seperti ada sesuatu  yang tersirat.  Puan Zalikha menangis semahu-mahunya apabila Nenek Leha memeluknya.

           "Ika tinggalkan Isya pada mak buat sementara waktu.  Ika harap tidak menyusah mak,"  ujar Puan Zalikha. 

Ruang dapur yang ketika itu sunyi sepi mula di hiasi dengan suara manusia.  Darwisyah duduk bersila di atas kerusi sambil menjamah sedikit makanan yang terhidang.  Seperti tidak mampu menelannya dek kesedihan yang masih bersarang.  Perbualan dua wanita yang lebih berusia itu hanya di dengar. 

           "Tidak mengapa.  Kamu selesaikan masalah itu dahulu.  Biarkan Isya di sini.  Mak akan jaga dia.  Insyaallah,  semuanya akan selamat,"  kata Nenek Leha kembali.

          "Inilah yang Ika bimbangkan.  Sejak peristiwa itu,  Ika selalu di hantui dengan bayangan seperti ini.  Ika tidak sangka ia terjadi juga,"  keluh Puan Zalikha.  Dia menunduk ke bawah.  Lengan kanannya yang di letak di atas meja makan di pandang.

          Puan Zalikha tidak kesal dengan apa yang sedang berlaku ini.  Dia juga tidak menyalahkan mana-mana pihak ketika ini.  Apa yang paling di kesali sekarang adalah dia dan suaminya gagal memilih yang terbaik untuk anak mereka.

          "Sudah.  Kamu tak perlu bersedih begini.  Pulang ke sana dan selesaikan baik-baik.  Tapi kamu dan Lokman perlu ingat,  pertahankan hak Darwisyah."

          Hak?  Darwisyah yang leka melayan sendunya sedikit terpaku,  namun reaksinya tidak terlalu ketara.  Wajah tua Nenek Leha dijeling dari ekor mata,  sementara otaknya ligat berfikir tentang perkara yang di bincang tadi. 

'Nampaknya mak tok juga mengetahui punca sebenar aku dihantar ke sini,'  desisnya.  Darwisyah mulai berfikir tentang perkara itu kerana melalui perbualan di antara Nenek Leha dan Puan Zalikha,  dia menyedari bahawa ia berkaitan dengan dirinya.

         Menjelang petang,  Encik Lokman dan Zalikha mula beredar meninggalkan kampung.  Air mata Darwisyah tetap mengalir ketika melihat kereta kedua ibu bapanya beransur hilang di sebalik rimbunan pepohon.  Dia kelihatan lebih tenang berbanding ketika dalam perjalanan tadi.

        Kesedihan terhadap tindakan Encik Lokman dan Puan Zalikha yang menghantarnya ke kampung tanpa kerelaannya mula berkurangan.  Darwisyah lebih tertarik dengan apa yang didengarinya sepanjang hari itu.  Semuanya berkaitan dengannya.  Malam itu Darwisyah menghabiskan masanya berbual dengan Nenek Leha sambil memikirkan bagaimana cara untuk mengetahui apa rahsia di sebalik semua ini.


Tiada ulasan: