Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

my day....

Daisypath Happy Birthday tickers

Isnin, Ogos 26

Sahabat yang semakin jauh...


Setiap yang bergelar manusia, semestinya tidak pernah sempurna atau cukup di mata manusia lain...ada saja yang tidak kena pada pandangan...kebaikan yang cuba kita lakukan, kadang kala dipandang serong oleh sesetangah insan...lain padang, lain belalang..pepatah yang tepat untuk gambarkan bezanya sikap manusia ini...kitaran hidup bermasyarakat seringkali menemukan kita dengan situasi sebegini...usah ambil contoh yang jauh, ambil contoh yang dekat dengan diri kita saban hari...iaitu SAHABAT...
Kita mula bersahabat seusia awal mula bibir ini bisa bertutur lagi, walaupun pelatnya masih belum hilang...mungkin juga sudah punyai sahabat seusia sehari usai di lahirkan ke dunia...kita kekal bersahabat sehinggalah sekarang, bahkan sahabat kita semakin bertambah dari saat ke saat tanpa kita sedar...dalam beribu sahabat yang kita kenal, pasti ada seorang yang indah wataknya, dan ada yang suram perlilakunya di mata kita...semakin beralih tahun, semakin bertambah usia seseorang...semakin bertambah usia seseorang, semakin meningkat tahap kematangan dalam membuat pilihan atau keputusan dalam segala hal... samaada dalam pelajaran, kerjaya, pilihan hidup, masa depan dan banyak lagi...namun, satu yang semakin berkurang saat membuat keputusan adalah bilangan sahabat...
Sahabat yang kenal diri kita, semstinya sesekali tidak akan membuat kita berkecil hati dengan tingkah lakumereka...sahabat yang memahami sahabatnya akan berusaha menjaga hati sahabat supaya tidak terguris jiwa dengan perli laku sendiri...cik chubby juga punyai sahabat..ramai, ramai dan ramai...alhamdulillah, masih ada yang sudi menjadi teman cik chubby...
setakat ini, cik chubby belum pernah menjauhkan diri dengan mereka yang bergelar sahabat cik chubby, melainkan mereka sendiri yang menjauhkan diri dari cik chubby...entah apa puncanya, terus tergantung, walaupun ucapan maaf dari cik chubby sudah dihulurkan dalam doa di hadapanNya...sehinggalah tiba satu saat ini di mata hati cik chubby betul2 terguris dengan sikap salah seorang sahabat ini...
Diam  cik chubby rupanya menjerat diri sendiri...pertolongan cik chubby rupanya memakan diri...belas kasihan cik chubby rupanya menyakitkan hati...tipu helahnya sudah sampai di kuping telinga cik chubby...seringkali dia menjadikan cik chubby ini 'alasannya' untuk kepentingan dan kepuasan diri sendiri...diam cik chubby sudah sampai di kemuncaknya...biarlah apa yang terjadi, cik chubby nekad untuk 'hilang' dalam hidup sahabat cik chubby itu, dek penganiayaan yang paling cik chubby tak dpat terima...
Makin lama, cik chubby semakin selesa, walaupun awalnya rasa kasihan kerana menimbulkan persoalan dalam benaknya(tentang hilang cik chubby dari dia)...satu demi satu ceritara suram tentangnya timbul...dari situ, cik chubby mula tahu yang sahabat itu seperti menyedari apa yang sedang berlaku...cik chubby membuat pilihan ini bukan secara melulu, tetapi dengan mengambil kira segala permainannya ke atas diri cik chubby sendiri, nasihat keluarga, dan diri cik chubby sendiri...
hanyaa ALLAH yang tahu apa yang cik chubby rasa...sukar untuk cik chubby luahkan di sini...cuma satu yang boleh cik chubby simpulkan di atas tindakan cik chubby ini...

# Biar sakit hati kerana kebodohan diri sendiri, daripada sakit hati kerana diperbodohkan oleh sahabat sendiri #

Kini, kami semakin jauh...utusan khabar juga semakin berkurangan...kunjungan dahulu juga semakin kerap ketidakhadirannya...tapi dalam hati cik chubby, sahabat itu tak pernah hilang, sahabat itu tak pernah jauh, sahabat itu tak pernah dilupai, sahabat itu tak pernah dibuang dari hati ini...cuma 'terpisah' atas kehendak cik chubby setelah fikir baik dan buruknya kesan untuk cik chubby...buat sahabat2 cik chubby, cik chubby tak pernah buang wajah sahabat cik chubby dari hati cik chubby...

jauhku bukan kerna benci...
jauhku bukan kerana iri hati...
tapi jauhku kerana simpati...

simpati akan diriku...
simpati akan diri mu...
simpati akan keluarga ku...
simpati akan keluarga mu...
simpati dengan nasibku...

mungkin elakku menyakitkan hatimu...
mungkin elakku menimbulkan tanda tanya dalam benakmu...
mungkin elakku membuatku rasa bersalah
tetapi, percayalah...
ada kebaikan untukmu...
dan untukku...

ALLAH Maha Mengetahui setiap apa yang ada dalam hati umatNya...
percayalah dengan jalan yang diaturNya...
ada sesuatu yang indah menanti di dalam ujian dariNya...

Khamis, Julai 25

rezeki ramadhan

   

salam 16 ramadan....haaa...post kali ni cik chubby santai2 ckit...kalau post sblom ni nmpak cam formalsikit..#sikit la# yg ni kita chil2 dah...masuk ramadan yang ke -16, cik chubby bermakna setahun dah cinta hati cik chubby #super haidama# ada kat pasaran... alhamdulillah..walaupun cuma karya untuk awak remaja,tapi ia tetap karya yang tinggi bagi pendapat cik chubby..sebab dapat tembus hati editor untuk dibukukan...hanya yang bergelar penulis tahu betapa susahnya nak terbitkan karya di pasaran... cik chubbydah alami dan hampir berputus asa..tapi demi minat dan percaya dengan jalan yang Allah aturkan, cik chubby gagahkan juga untuk siapkan..alhamdulillah..Allah maha mendengar dan mengetahui....

dan sebulan yang lepas sekali lagi karya cik chubby akan dibukukan dalam bentuk antologi. kali ni bukan cerita panjang macam novel, tapi cerpen. cik chubby bergabung dengan 24 penulis untuk antologi kali ni... alhamdulillah, percubaan secara suka2 bertukar menjadi karya yang berbayar. kali pertama cik chubby tulis cerpen dan terus diterima untuk dijadikan bahan bacaan umum... syukur sangat... sekarang cik chubby dah selesa 'berjalan' dalam zon yang boleh diishtiharkan sebagai kerjaya cik chubby...apatah lagi payment awal cik chubby dah dapat..awal baru, cik chubby tak ambil sepenuhnya, yang akan menyusul hujung tahun ni...

cik chubby harap, momentum cik chubby semakin naik lepas apa yang dah cik chubby dapat sekarang ni..dan sekarang cik chubby tengah gigih siapkan manuskrip baru..kali ni cik chubby buat atas sikit dr kategori novel sblom ni...DEWASA...ada lagi 150 muka surat lagi untuk smpai limit dia...harap dipermudahkan dan diberi kekuatan, kesabaran untuk proses mengedit sebaik sahaja siap manuskrip ni...proses mengedit ni, payah sikit bagi penulis, sebab penulis boleh jemu sebab baca karya yang sama berulang kali...ya la..kena la check, sebelum hantar ke penerbit...kalau tak..masuk dustbin la..dan yang dah check ni pon belum tentu manuskrip dia slamat dripada x masuk dustbin...

apa2 pon..harap dipermudahkan segalanya..amin...

*semakin diuji kesabaran kali ni. tapi terus berfikir positif....



Selasa, Jun 18

Anugerah dalam kehidupan...


beberapa bulan cik chubby tak update blog...sibuk dengan mnuskrip nyang saaannngggaaattttt lama nak siapkan...mana tak nya...lepas satu problem, problem lain plak smpai..lpas tu tugas luar plak masuk...x campor dengan holiday lagi(ok, yg ini x jdi prblem untuk cik chubby...)...so, jawapannya terlupa la dengan encik blog cik chubby ni...hampir2 trlupa paswrd dia..nsib baikdaya ingtan masih lagi sihat...sepanjang cik chubby mnyepi dari dunia blog ni, bnyak bnda yg brlaku....tpi kbnyakkannya di luar jngkaan cik chubby..klau nak snraikan satu persatu, sampai bila akan hbis crta x tahu la...cuma satu sja yg mmbuatkan cik chubby tersedar dari lamunan terhenti panjang...kehidupan...kehidupan kita yang tak pernah surut dengan  dugaan, cabaran, lintangan, halangan...di sebalik dugaan itu semua, pasti diiringi dengan tangis, hiba, sedih, kecewa adn segala perasaan negtif dalam diri sendiri...dari situ, satu demi satu kesan smpingan akan muncul pada diri..malas, sugul, pendiam, menyendiri...YES... cik chubby pernah rasai semua yg dia atas..tapi hanya cik chubby dan DIA saja yang tahu... cik chubby belum prnah mnitiskan air mata di hadapan mana-mana insan lagi....bukan ego, cuma cik chubby tak nak orang lain trtanya2 apa mslah cik chubby...jika sudah di soal, pasti inginkan jawapannya...dan cik chubby bukanlah seorang yang suka cerita masalah PERIBADI kepda orang sebegitu mudah...biarlah cik chubby simpan...dan dari situ, cik chubby banyak dipertemukan dengan pelbagai cara untk hilangkan segala rasa2 itu...alhamdulillah..berkat doa dan luahan rasa cik chubby di dalam solat, ALLAH tunjukkan lorong untuk cik chubby gapai kmbali semangat yang semakin hilang dan goyah tu...hanya bberapa potong bidikan motivasi dan ayat, ia sudah mampu menikkan smngat cik chubby...dan cik chubby prcaya, bukan shja cik chubby seorang, malahan sesiapa sahaja akan rasa semngat yang bagaikan ditiup apabila membacanya....kehadiran teman-teman di sekeliling antara penyejuk hati di kala  hidup terasa keseorangan....


S.A.H.A.B.A.T...
6 aksara yang digunakan...dan 6 aksara yang mampu merubah kehidupan kita kepada pelbagai corak....sahabat di zaman skolah lain berbanding sahabat di saat ini...wlaupun orangnya sama..figuranya tidak berubah...tetapi kematangannya dalam bersahabat berubah...itu anugerah dalam bersahabat....


saat diri hilang semangat, carilah sahabat yang sering membuat kita ketawa gembira...ketawa itu penawar kesedihan...ketawalah sesaat pun...bebaskan diri dari dibelenggu rasa yang boleh merobohkan diri kita daripada terus maju....


warna-warni helagat mereka mampu meronkan kembali hati kita...percayalah..sahabat yang memahami adalah sahabat yang sesekali tidak akan mengkhianati perasaan sahabat sendiri...tidak kira dalam apa keadaan sekali pun...biar diri di cela dek miskinnya tentang peredaran masa, tapi jngn sesekali mencela prsahabatan dengan tindak tanduk yang boleh mnyakitkan hati sahabat yang setia mnjaga jalinan atas tali persahabatan....


seorang sahabat tidak sama perli lakunya dengan seribu sahabat lain...seribu sahabat yang lain tidak mampu menggantikan seorang sahabat yang hilang...

sahabat umpama derusan ombak yang datannya tanpa diduga dan perginya tanpa dijangka...sahabat umpama hembusan angin yang datang menyapa diri kemudian hilang di bawa lari...sahabat umpama bintang yang malamnya berkilauan dan siangnya hilang dibawa malam...sahabat itu antara ANUGERAH ALLAH yang tiada ganti saat hilang di bawa mati...

hargailah anugerah ini sebaiknya sebagaimana kita menghargai anugerah yang telah di limpahkan kepada kita selama ini....saat masih punyai sahabat ingatlah mereka yang dibuang sahabat, saat masih boleh ketawa dengan sahabat, ingatlah mereka yang tidak mampu ketawa kerana tidak punyai sahabat...




Khamis, Januari 17

Tahniah sayang2ku semua...!!






Salam tahun 2013 buat smua...amboi cik chubby...sakan aih cuti noo...hehehehe....almaklumlah..pnyakit lama kembali lagi!!!!ok2..mlas nk mmbebel pnjang sbb mlas nk mnaip...kali ni cik chubby nk story psal apa yg trjadi spnjang bulan julai hingga saat ni....tapi yg nk story ni yg manis2 je....yg pahit bedengung, lempaq buang dlm lombong k...x pyah nak ingat2 lagi...ok..meh cik chubby start. Tahun lepas, bberapa knalan cik chubby msa zman skolah dah pon brtukar status dari bujang-tunangan orang...bujang-isteri orang....sbnarnya, 5 tahun yg lpas lgi ada mmbr cik chubby yg dah mnamatkan zaman bujang..tapi time tu cik chubby x brksempatan nk pgi...lg pon, klu pgi pon..x adanya cik chubby nk story mory dlm blog ni..sbb time tu natang gapo blog ni pon x tahu..ye idok???ok...1st skali, cik chubby nk ucap thniah kat mmber cik chubby yg bawah nie...

azizah/jijah n pasangan...mmber skolah mnengah cik chubby msa skolah mnengah..dia kawen bulan julai tahun lpas...so beautiful dia hari tu...macam arab!!!tema hri tu pink+prple..sweet kan...n yg pling best, kitorang yg pgi 5 buah keta ni dpat spcial gift dr phak pngantin..haa..(jakun sebentar)..then kat pintu nk msuk khemah umah dia plak, dia ada siapkan guestbook untuk tnggalkan ucpan...kelakar giler time tu...orang lain sign x de mende blaku pon..turn kitorang, smpai terbalik papan yg alas buku tu...memalukan!!! ape2 pon..
SELAMAT PENGANTIN BARU JIJAH N PASANGAN. SEMOGA TERUS KEKAL BAHAGIA HINGGA KE SYURGA DAN DIKURNIAKAN ZURIAT YG SOLEH DAN SOLEHAH. AAMIIN..

menyusul lepas tu plak...antara mmber baik/rapat cik chubby...tapi dia btunang la...

tarra..!!!cik syikin yg very the suka kacau oqang time blik skolah dulu2...dia btunang raya ke-2 blan 8 thun lpas...cik chubby antara ttamu trawal yg smpai hri tu...cik chubby n cik syamin..(bangga bberapa saat..) cik chubby gubah satu bekas untuk dia....bukan stakat smpai awal je..cik chubby siap ikut dia g make up lgi..hahha...paling best dia yg drive..cik chubby dok sbalh..ni saper yg nk btunang nih????heheh..cik chubby kan PENAKUT nak drive keta..wlaupun lesen dah 3 tahun..wow!!!3 tahun dah ek..bln 9 ni msuk 4 tahun...x sedor diri la...cik chubby stay umah dia dr pkul 11.30 pagi smpai 4.30 ptang..haa...nmpak..mlampau x...nsib baik musim raya time..so, buat mcm x bsalah je... anyway, buat sahabat cik chubby yang ni...
SELAMAT BERTUNANG.SEMOGA IKATAN INI TERUS BERKEKALAN HINGGA KE JINJANG PELAMIN DAN KEKAL BAHAGIAN HINGGA KE SYURGA. AAMIIN...

next entry, mmber cik chubby jgak brtunang..dia bulan 10..klu x silap cik chubby raya haji kedua...
cik izza yg gojes..!!ni bkan pic dia btnang..ni pic dia tngah ready nk trun g dewan konvo dia..pkul 5.45 pagi hokeyh..ko mmpu kol 5.45 pgi make up cmtu..x de kan...dia mmpu..hahahha....cik chubby x tahu pon dia btunang hri apa..juz bberapa hari lpas tu nmpak dia uplod pic dlm fb....cik chubby x kisah la klu x invte..btunang kan..to cik izza..
TAHNIAH DI ATAS IKATAN INI. SEMOGA BERJALAN LANCAR HINGGA KE HARI PERNIKAHAN KELAK DAN HUBUNGAN DENGAN PASANGAN SENTIASA HARMONI DAN BAHAGIA. AAMIIN...

carta hari bhagia mmber cik chubby strusnya jatuh kepada mmber form 6 cik chubby..(macam carta lagu dah aih..)
nurul sakinah a.k.a nu'own...dia pon btnang bulan spuluh jgak..mcm mmber cik chubby yg atas tu...tpi dia ni naik 'kpl trbang', so dia x amik msa lama untuk nikah...dak ni cik chubby knal dia sthun jer..very the gile2 person dia ni..cpat mesra...n cik chubby ingt lagi, masa dia mula2 jd budak baru dlm klas cik chubby, cik chubby la orang ptama g tegur dia..eh..bukan tegur...pgi mintak tisu kat dia...hahah...ngok ngek btul...orang tnya khabar ke...bkenalan ke..ini tak..pgi mintak tisu....dia spplier choki2 dlm klas untuk cik chubby n kawan2...hakhakhak...dia kcik n kurus SANGAT k...dlm pic ni dia x pkai heel..dia pkai kasut bele je..tu yg nmpk rendah dr biasa...so...
SELAMAT PENGANTIN BARU NU'OWN. MOGA IKATAN NI MMBAWA BAHAGIAN DAN MENDAPAT RAHMAT DAN BERKAT DARI ALLAH S.W.T DAN TERUS KEKAL BHGIA HINGGA KE SYURGA.AAMIIN.

seminggu lpas tu plak...wedding sorang lagi kenalan cik chubby...
afiza...wdding yg paling jauh yg prnah cik chubby attend stakat ni...sungai kob..dekat dengan air trjun sedim..sbnarnya, cik chubby x prnah skelas langsung dngan dia..klas2 asing...klu trsrmpak time skolah pon snyum2 n tgur cm biasa je...dia sungguh COMEL hari tu...n kitorang yg bgelar kawan2 dia ni dpt spcial giftdoor dr dia...TQ so much fiza...trharu sngat k....n pling suka, mknan hari tu sedap ok..kambing msak kurma...ptama kali mkan lauk kmbing kt umah kndri..sblom ni, cik chubby pangkah hbis la lauk kambing ni klu rumah kndri...sbb bau hanyir dia tu kuat..yg ini, bau pon x...buat fiza n pasangan..
SELAMAT PENGANTIN BARU.SEMOGA PERKAHWINAN INI DILIMPAHI BERKAT DAN RAHMAT DARI-NYA. AAMIIN...

Dan seminggu lpas tu plak....cik chubby ada stu lgi event...yg kali ni lain..bukan kawan2..tapi anak buah cik chubby...haaa...ko ade anak buah kawin dlu dr mak sedara...aku ade..hahhha...
liya-yg ni pic dia akad nikah....event kali ni cik chubby jd mcam tuan rumah dah..mna x nyaa...cik chubby plak nk kena urus giftdoor untuk ttamu...pelan asal cik chubby x nak tdor umah dia...pgi hr akad nikah dia tu cik chubby bawa bju untuk pkai time nikah dia petang tu je...n sblom mlm nk blik..alih2 cik chubby dipaksa tdur sna..sekali dia buat mnja n mrengek dia..cair la cik chubby...dia mmang rapat ngan cik chubby...dia btunang bulan 2011 dlu...time tu cik chubby tido sna jugak..kali ni ingat x nak..skali kenaa daaa....wedding nie, segala crita suka,sedih,gembira,airmata ada...dugaan untuk dia n fmly....pic somi dia cik chubby x de plak...heheh...somi dia pon rapat gak ngan cik chubby....tu liya..
SELAMAT PENGANTIN BARU. JAGALAH PERKAHWINAN INI SEBAIK-BAIKNYA. JANGAN LALAI. BANYAKKAN DEKAT DIRI DENGAN ALLAH.INSYAALLAH, DIA BANTU. SEMOGA TERUS KUAT DAN TABAH DALAM MENGHARUNGI FASA HIDUP YANG BARU NI.INGAT, BANYAK LAGI DUGAAN LEPAS NI. SEMOGA IKATAN INI KEKAL HARMONI SELAMA-LAMANYA. AAMIIN...

ok.tamat ucapan tahniah untuk mereka yang mengikat tali prtunangan dan prkahwinan.kali ni cik chubby nk wish untuk sahabat2 cik chubby yang bru dapat keje n hbis study...buat :-

syikin-tahniah sbb dah hbis study di UUM..n slamat mnjalani praktikal bulan 2 nnti...

shamin plak, tahniah jugak sbb dah selamat mnjalani majlis konvokesyen di UMS Kota Kinabalu bulan 10 yg lpas...smoga terus muirah rzeki lepas ni k...

wanie-tahniah dear..!!!sbb dapat keje dah pagi tadi..jngn lupa blanja aku lpas ni k..cpat btol rezeki hg..hope rzeki hg nek plamin pon scepat ni jgak la ek...(ko kurus time nie wanie...JUJUR AKU DENGKI!)

fara-jugak tahniah sbab dpt job baru k...stlah bertahun di tmpat keje tu, now dah bralih angin..senang la ang nk p shopping J.J...dekat sangat dah tu....hehehe

sebenarnya, banyak lagi yg cik chubby nk wish dkat mmber2 lain..tpi ada yg x de pic..ada yg x ingt trikh hr bhgia dorang n ada yg cik chubby x pasti smada fakta atau auta. Jadi kat sini cik chubby ucapkan scra umum je la ek..buat sape2 yg knal cik chubby, tahniah di atas kjyaan masing2...semoga trus sukses dlm khidupan baru..

DAN....

tak lupa juga buat cik chubby sndri sebab....

buah tngan sulong cik chubby dlm bidang penulisan dah trbit n dicetak kluar dan mula trjual kt kedai buku sluruh malaysia...alhamdulillah. penat lelah cik chubby...sakit sedih cik chubby dalam nak siapkan naskhah ni berbalas jua. Terima kasih Allah. 

Ok..dah jemu.nnti jumpa lagi k...

p/s: mulut orang kadang2 ni mcam pisau karat..nmpak je buruk, sekali hiris....luka dia dalam...