JANGAN BUNUH ILMU ITU
Menanti hari gembira tiba…
Umpama menunggu guguran salji di Negara Malaysia…
Berbekalkan semangat yang membara…
Berselempangkan niat di dada…
Aku berfantasikan yang bahagia…
Membawa gambaran yang baik-baik sahaja…
Untukku ini percubaan yang pertama…
Setelah bermusim menyimpan di kepala…
Itu benih yang sedang ku baja…
Asalnya kayu akan berbuah jua…
Asalnya ranting akan berbunga akhirnya…
Lahirnya kosong akan berilmu juga…
Itu putaran alam semesta…
Hanya perlu kesabaran di jiwa…
Tidak lari ilmu di dunia…
Sebagai manusia kita harus mengejarnya…
Walau sebesar zarah ia tetap berharga…
Kecapinya hingga terdaya…
Kerana ia harta selamanya…
p/s : 100% nukilan cik chubby...kalau cik chubby copypaste sure lagi puitis dari ni...yang ni dah macam buat karangan dak sekolah rendah...
8 ulasan:
niceeee!
suke ahhh!
>____________<
aimie : tq dear..!!!
Selamat menyambut bulan ramadan..
Selamat berpuasa.. :)
lulu : salam ramadhan n selamat berpuasa jugak cik lulu..!!
boleh chalenge samad said ni.aha
waaaa kreatip tu ...
acikpun tengah tunggu salji turun kat mesia ni. :)
H.J : amboi...perli ek....umpama langit dengan bumi la...
acik : mungkin tidak...tapi mana tahu suatu hari kan....keajaiban Yang Maha Esa...hanya DIA yang tahu...
Catat Ulasan