Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

my day....

Daisypath Happy Birthday tickers

Isnin, Ogos 26

Sahabat yang semakin jauh...


Setiap yang bergelar manusia, semestinya tidak pernah sempurna atau cukup di mata manusia lain...ada saja yang tidak kena pada pandangan...kebaikan yang cuba kita lakukan, kadang kala dipandang serong oleh sesetangah insan...lain padang, lain belalang..pepatah yang tepat untuk gambarkan bezanya sikap manusia ini...kitaran hidup bermasyarakat seringkali menemukan kita dengan situasi sebegini...usah ambil contoh yang jauh, ambil contoh yang dekat dengan diri kita saban hari...iaitu SAHABAT...
Kita mula bersahabat seusia awal mula bibir ini bisa bertutur lagi, walaupun pelatnya masih belum hilang...mungkin juga sudah punyai sahabat seusia sehari usai di lahirkan ke dunia...kita kekal bersahabat sehinggalah sekarang, bahkan sahabat kita semakin bertambah dari saat ke saat tanpa kita sedar...dalam beribu sahabat yang kita kenal, pasti ada seorang yang indah wataknya, dan ada yang suram perlilakunya di mata kita...semakin beralih tahun, semakin bertambah usia seseorang...semakin bertambah usia seseorang, semakin meningkat tahap kematangan dalam membuat pilihan atau keputusan dalam segala hal... samaada dalam pelajaran, kerjaya, pilihan hidup, masa depan dan banyak lagi...namun, satu yang semakin berkurang saat membuat keputusan adalah bilangan sahabat...
Sahabat yang kenal diri kita, semstinya sesekali tidak akan membuat kita berkecil hati dengan tingkah lakumereka...sahabat yang memahami sahabatnya akan berusaha menjaga hati sahabat supaya tidak terguris jiwa dengan perli laku sendiri...cik chubby juga punyai sahabat..ramai, ramai dan ramai...alhamdulillah, masih ada yang sudi menjadi teman cik chubby...
setakat ini, cik chubby belum pernah menjauhkan diri dengan mereka yang bergelar sahabat cik chubby, melainkan mereka sendiri yang menjauhkan diri dari cik chubby...entah apa puncanya, terus tergantung, walaupun ucapan maaf dari cik chubby sudah dihulurkan dalam doa di hadapanNya...sehinggalah tiba satu saat ini di mata hati cik chubby betul2 terguris dengan sikap salah seorang sahabat ini...
Diam  cik chubby rupanya menjerat diri sendiri...pertolongan cik chubby rupanya memakan diri...belas kasihan cik chubby rupanya menyakitkan hati...tipu helahnya sudah sampai di kuping telinga cik chubby...seringkali dia menjadikan cik chubby ini 'alasannya' untuk kepentingan dan kepuasan diri sendiri...diam cik chubby sudah sampai di kemuncaknya...biarlah apa yang terjadi, cik chubby nekad untuk 'hilang' dalam hidup sahabat cik chubby itu, dek penganiayaan yang paling cik chubby tak dpat terima...
Makin lama, cik chubby semakin selesa, walaupun awalnya rasa kasihan kerana menimbulkan persoalan dalam benaknya(tentang hilang cik chubby dari dia)...satu demi satu ceritara suram tentangnya timbul...dari situ, cik chubby mula tahu yang sahabat itu seperti menyedari apa yang sedang berlaku...cik chubby membuat pilihan ini bukan secara melulu, tetapi dengan mengambil kira segala permainannya ke atas diri cik chubby sendiri, nasihat keluarga, dan diri cik chubby sendiri...
hanyaa ALLAH yang tahu apa yang cik chubby rasa...sukar untuk cik chubby luahkan di sini...cuma satu yang boleh cik chubby simpulkan di atas tindakan cik chubby ini...

# Biar sakit hati kerana kebodohan diri sendiri, daripada sakit hati kerana diperbodohkan oleh sahabat sendiri #

Kini, kami semakin jauh...utusan khabar juga semakin berkurangan...kunjungan dahulu juga semakin kerap ketidakhadirannya...tapi dalam hati cik chubby, sahabat itu tak pernah hilang, sahabat itu tak pernah jauh, sahabat itu tak pernah dilupai, sahabat itu tak pernah dibuang dari hati ini...cuma 'terpisah' atas kehendak cik chubby setelah fikir baik dan buruknya kesan untuk cik chubby...buat sahabat2 cik chubby, cik chubby tak pernah buang wajah sahabat cik chubby dari hati cik chubby...

jauhku bukan kerna benci...
jauhku bukan kerana iri hati...
tapi jauhku kerana simpati...

simpati akan diriku...
simpati akan diri mu...
simpati akan keluarga ku...
simpati akan keluarga mu...
simpati dengan nasibku...

mungkin elakku menyakitkan hatimu...
mungkin elakku menimbulkan tanda tanya dalam benakmu...
mungkin elakku membuatku rasa bersalah
tetapi, percayalah...
ada kebaikan untukmu...
dan untukku...

ALLAH Maha Mengetahui setiap apa yang ada dalam hati umatNya...
percayalah dengan jalan yang diaturNya...
ada sesuatu yang indah menanti di dalam ujian dariNya...