Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

my day....

Daisypath Happy Birthday tickers

Isnin, Ogos 26

Sahabat yang semakin jauh...


Setiap yang bergelar manusia, semestinya tidak pernah sempurna atau cukup di mata manusia lain...ada saja yang tidak kena pada pandangan...kebaikan yang cuba kita lakukan, kadang kala dipandang serong oleh sesetangah insan...lain padang, lain belalang..pepatah yang tepat untuk gambarkan bezanya sikap manusia ini...kitaran hidup bermasyarakat seringkali menemukan kita dengan situasi sebegini...usah ambil contoh yang jauh, ambil contoh yang dekat dengan diri kita saban hari...iaitu SAHABAT...
Kita mula bersahabat seusia awal mula bibir ini bisa bertutur lagi, walaupun pelatnya masih belum hilang...mungkin juga sudah punyai sahabat seusia sehari usai di lahirkan ke dunia...kita kekal bersahabat sehinggalah sekarang, bahkan sahabat kita semakin bertambah dari saat ke saat tanpa kita sedar...dalam beribu sahabat yang kita kenal, pasti ada seorang yang indah wataknya, dan ada yang suram perlilakunya di mata kita...semakin beralih tahun, semakin bertambah usia seseorang...semakin bertambah usia seseorang, semakin meningkat tahap kematangan dalam membuat pilihan atau keputusan dalam segala hal... samaada dalam pelajaran, kerjaya, pilihan hidup, masa depan dan banyak lagi...namun, satu yang semakin berkurang saat membuat keputusan adalah bilangan sahabat...
Sahabat yang kenal diri kita, semstinya sesekali tidak akan membuat kita berkecil hati dengan tingkah lakumereka...sahabat yang memahami sahabatnya akan berusaha menjaga hati sahabat supaya tidak terguris jiwa dengan perli laku sendiri...cik chubby juga punyai sahabat..ramai, ramai dan ramai...alhamdulillah, masih ada yang sudi menjadi teman cik chubby...
setakat ini, cik chubby belum pernah menjauhkan diri dengan mereka yang bergelar sahabat cik chubby, melainkan mereka sendiri yang menjauhkan diri dari cik chubby...entah apa puncanya, terus tergantung, walaupun ucapan maaf dari cik chubby sudah dihulurkan dalam doa di hadapanNya...sehinggalah tiba satu saat ini di mata hati cik chubby betul2 terguris dengan sikap salah seorang sahabat ini...
Diam  cik chubby rupanya menjerat diri sendiri...pertolongan cik chubby rupanya memakan diri...belas kasihan cik chubby rupanya menyakitkan hati...tipu helahnya sudah sampai di kuping telinga cik chubby...seringkali dia menjadikan cik chubby ini 'alasannya' untuk kepentingan dan kepuasan diri sendiri...diam cik chubby sudah sampai di kemuncaknya...biarlah apa yang terjadi, cik chubby nekad untuk 'hilang' dalam hidup sahabat cik chubby itu, dek penganiayaan yang paling cik chubby tak dpat terima...
Makin lama, cik chubby semakin selesa, walaupun awalnya rasa kasihan kerana menimbulkan persoalan dalam benaknya(tentang hilang cik chubby dari dia)...satu demi satu ceritara suram tentangnya timbul...dari situ, cik chubby mula tahu yang sahabat itu seperti menyedari apa yang sedang berlaku...cik chubby membuat pilihan ini bukan secara melulu, tetapi dengan mengambil kira segala permainannya ke atas diri cik chubby sendiri, nasihat keluarga, dan diri cik chubby sendiri...
hanyaa ALLAH yang tahu apa yang cik chubby rasa...sukar untuk cik chubby luahkan di sini...cuma satu yang boleh cik chubby simpulkan di atas tindakan cik chubby ini...

# Biar sakit hati kerana kebodohan diri sendiri, daripada sakit hati kerana diperbodohkan oleh sahabat sendiri #

Kini, kami semakin jauh...utusan khabar juga semakin berkurangan...kunjungan dahulu juga semakin kerap ketidakhadirannya...tapi dalam hati cik chubby, sahabat itu tak pernah hilang, sahabat itu tak pernah jauh, sahabat itu tak pernah dilupai, sahabat itu tak pernah dibuang dari hati ini...cuma 'terpisah' atas kehendak cik chubby setelah fikir baik dan buruknya kesan untuk cik chubby...buat sahabat2 cik chubby, cik chubby tak pernah buang wajah sahabat cik chubby dari hati cik chubby...

jauhku bukan kerna benci...
jauhku bukan kerana iri hati...
tapi jauhku kerana simpati...

simpati akan diriku...
simpati akan diri mu...
simpati akan keluarga ku...
simpati akan keluarga mu...
simpati dengan nasibku...

mungkin elakku menyakitkan hatimu...
mungkin elakku menimbulkan tanda tanya dalam benakmu...
mungkin elakku membuatku rasa bersalah
tetapi, percayalah...
ada kebaikan untukmu...
dan untukku...

ALLAH Maha Mengetahui setiap apa yang ada dalam hati umatNya...
percayalah dengan jalan yang diaturNya...
ada sesuatu yang indah menanti di dalam ujian dariNya...

Khamis, Julai 25

rezeki ramadhan

   

salam 16 ramadan....haaa...post kali ni cik chubby santai2 ckit...kalau post sblom ni nmpak cam formalsikit..#sikit la# yg ni kita chil2 dah...masuk ramadan yang ke -16, cik chubby bermakna setahun dah cinta hati cik chubby #super haidama# ada kat pasaran... alhamdulillah..walaupun cuma karya untuk awak remaja,tapi ia tetap karya yang tinggi bagi pendapat cik chubby..sebab dapat tembus hati editor untuk dibukukan...hanya yang bergelar penulis tahu betapa susahnya nak terbitkan karya di pasaran... cik chubbydah alami dan hampir berputus asa..tapi demi minat dan percaya dengan jalan yang Allah aturkan, cik chubby gagahkan juga untuk siapkan..alhamdulillah..Allah maha mendengar dan mengetahui....

dan sebulan yang lepas sekali lagi karya cik chubby akan dibukukan dalam bentuk antologi. kali ni bukan cerita panjang macam novel, tapi cerpen. cik chubby bergabung dengan 24 penulis untuk antologi kali ni... alhamdulillah, percubaan secara suka2 bertukar menjadi karya yang berbayar. kali pertama cik chubby tulis cerpen dan terus diterima untuk dijadikan bahan bacaan umum... syukur sangat... sekarang cik chubby dah selesa 'berjalan' dalam zon yang boleh diishtiharkan sebagai kerjaya cik chubby...apatah lagi payment awal cik chubby dah dapat..awal baru, cik chubby tak ambil sepenuhnya, yang akan menyusul hujung tahun ni...

cik chubby harap, momentum cik chubby semakin naik lepas apa yang dah cik chubby dapat sekarang ni..dan sekarang cik chubby tengah gigih siapkan manuskrip baru..kali ni cik chubby buat atas sikit dr kategori novel sblom ni...DEWASA...ada lagi 150 muka surat lagi untuk smpai limit dia...harap dipermudahkan dan diberi kekuatan, kesabaran untuk proses mengedit sebaik sahaja siap manuskrip ni...proses mengedit ni, payah sikit bagi penulis, sebab penulis boleh jemu sebab baca karya yang sama berulang kali...ya la..kena la check, sebelum hantar ke penerbit...kalau tak..masuk dustbin la..dan yang dah check ni pon belum tentu manuskrip dia slamat dripada x masuk dustbin...

apa2 pon..harap dipermudahkan segalanya..amin...

*semakin diuji kesabaran kali ni. tapi terus berfikir positif....



Selasa, Jun 18

Anugerah dalam kehidupan...


beberapa bulan cik chubby tak update blog...sibuk dengan mnuskrip nyang saaannngggaaattttt lama nak siapkan...mana tak nya...lepas satu problem, problem lain plak smpai..lpas tu tugas luar plak masuk...x campor dengan holiday lagi(ok, yg ini x jdi prblem untuk cik chubby...)...so, jawapannya terlupa la dengan encik blog cik chubby ni...hampir2 trlupa paswrd dia..nsib baikdaya ingtan masih lagi sihat...sepanjang cik chubby mnyepi dari dunia blog ni, bnyak bnda yg brlaku....tpi kbnyakkannya di luar jngkaan cik chubby..klau nak snraikan satu persatu, sampai bila akan hbis crta x tahu la...cuma satu sja yg mmbuatkan cik chubby tersedar dari lamunan terhenti panjang...kehidupan...kehidupan kita yang tak pernah surut dengan  dugaan, cabaran, lintangan, halangan...di sebalik dugaan itu semua, pasti diiringi dengan tangis, hiba, sedih, kecewa adn segala perasaan negtif dalam diri sendiri...dari situ, satu demi satu kesan smpingan akan muncul pada diri..malas, sugul, pendiam, menyendiri...YES... cik chubby pernah rasai semua yg dia atas..tapi hanya cik chubby dan DIA saja yang tahu... cik chubby belum prnah mnitiskan air mata di hadapan mana-mana insan lagi....bukan ego, cuma cik chubby tak nak orang lain trtanya2 apa mslah cik chubby...jika sudah di soal, pasti inginkan jawapannya...dan cik chubby bukanlah seorang yang suka cerita masalah PERIBADI kepda orang sebegitu mudah...biarlah cik chubby simpan...dan dari situ, cik chubby banyak dipertemukan dengan pelbagai cara untk hilangkan segala rasa2 itu...alhamdulillah..berkat doa dan luahan rasa cik chubby di dalam solat, ALLAH tunjukkan lorong untuk cik chubby gapai kmbali semangat yang semakin hilang dan goyah tu...hanya bberapa potong bidikan motivasi dan ayat, ia sudah mampu menikkan smngat cik chubby...dan cik chubby prcaya, bukan shja cik chubby seorang, malahan sesiapa sahaja akan rasa semngat yang bagaikan ditiup apabila membacanya....kehadiran teman-teman di sekeliling antara penyejuk hati di kala  hidup terasa keseorangan....


S.A.H.A.B.A.T...
6 aksara yang digunakan...dan 6 aksara yang mampu merubah kehidupan kita kepada pelbagai corak....sahabat di zaman skolah lain berbanding sahabat di saat ini...wlaupun orangnya sama..figuranya tidak berubah...tetapi kematangannya dalam bersahabat berubah...itu anugerah dalam bersahabat....


saat diri hilang semangat, carilah sahabat yang sering membuat kita ketawa gembira...ketawa itu penawar kesedihan...ketawalah sesaat pun...bebaskan diri dari dibelenggu rasa yang boleh merobohkan diri kita daripada terus maju....


warna-warni helagat mereka mampu meronkan kembali hati kita...percayalah..sahabat yang memahami adalah sahabat yang sesekali tidak akan mengkhianati perasaan sahabat sendiri...tidak kira dalam apa keadaan sekali pun...biar diri di cela dek miskinnya tentang peredaran masa, tapi jngn sesekali mencela prsahabatan dengan tindak tanduk yang boleh mnyakitkan hati sahabat yang setia mnjaga jalinan atas tali persahabatan....


seorang sahabat tidak sama perli lakunya dengan seribu sahabat lain...seribu sahabat yang lain tidak mampu menggantikan seorang sahabat yang hilang...

sahabat umpama derusan ombak yang datannya tanpa diduga dan perginya tanpa dijangka...sahabat umpama hembusan angin yang datang menyapa diri kemudian hilang di bawa lari...sahabat umpama bintang yang malamnya berkilauan dan siangnya hilang dibawa malam...sahabat itu antara ANUGERAH ALLAH yang tiada ganti saat hilang di bawa mati...

hargailah anugerah ini sebaiknya sebagaimana kita menghargai anugerah yang telah di limpahkan kepada kita selama ini....saat masih punyai sahabat ingatlah mereka yang dibuang sahabat, saat masih boleh ketawa dengan sahabat, ingatlah mereka yang tidak mampu ketawa kerana tidak punyai sahabat...